BLOG

KERJAYA DALAM BIDANG VETERINAR

KERJAYA DALAM BIDANG VETERINAR

KERJAYA DALAM BIDANG VETERINAR

Tahukah anda bahawa bidang Veterinar boleh memberi anda pilihan kerjaya yang luas. Ini bermakna bidang Veterinar bukan sahaja terhad menjadi seorang Doktor Haiwan, malah peluang kerjaya adalah sangat meluas. Anda mengimpikan untuk menyambung pengajian dalam bidang Veterinar? Nak tahu kerjaya apa lagi selain Doktor Haiwan dalam bidang Veterinar ini? Jom baca artikel ini sampai habis!

  1. Research Veterinarian

Bekerja di kerajaan, organisasi, pusat penyelidikan bioperubatan atau universiti penyelidikan memerlukan pengetahuan saintifik yang kukuh. Antara tugasnya adalah memperbaik kaedah untuk mendiagnosis keadaan kesihatan haiwan, membangunkan kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang lebih baik serta mengajar pelajar Veterinar di Institusi Pendidikan.

Bergantung kepada kemahiran tambahan, sijil dan bilangan tahun pengalaman, seorang Research Veterinarian di Malaysia mampu memperolehi purata gaji sebanyak RM108,000/tahun.

  1. Companion Animal Veterinarian

Bidang Veterinar ini bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perubatan dan pembedahan untuk haiwan peliharaan. Mereka juga bertanggungjawab dalam mendiagnosis penyakit dan keadaan kesihatan haiwan tersebut. Mereka selalunya lebih dekat bekerja dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Companion Animal Veterinarian di Malaysia mampu memperolehi purata gaji sebanyak RM100,290/tahun.

  1. Pakar Veterinar

Sama seperti Doktor, Doktor Haiwan boleh memilih untuk menjadi seorang Pakar Veterinar dalam lebih daripada 20 bidang. Antaranya kardiologi, patologi, pergigian, anestesiologi dan banyak lagi. Mereka juga boleh memilih sama ada untuk memberi tumpuan kepada spesies haiwan tertentu.

Pakar Veterinar akan menjalani latihan tambahan untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Biasanya, Pakar Veterinar boleh memperolehi purata gaji sekitar RM106,335/tahun. Di Malaysia, jika mereka mempunyai pensijilan tambahan, mereka boleh memperoleh sehingga RM132,635/tahun.
 

  1. Food-Animal Veterinarian

Bidang ini menumpukan kepada menjaga haiwan ternakan seperti kuda, lembu dan kambing. Tanggungjawab mereka adalah untuk memastikan pesakit mereka dalam keadaan baik dan sihat agar sebarang daging yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk kesihatan manusia. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam:

  • Menangani isu yang berkaitan dengan menternak haiwan untuk kegunaan makanan manusia.
  • Mengekalkan keadaan kebersihan dan merawat penyakit di ladang.
  • Meluangkan banyak masa dengan mengembara dan memastikan haiwan ternakan dijaga dengan baik.

Bekerja dalam bidang Veterinar ini boleh memperoleh purata gaji sekitar RM75,683 – RM106,335/tahun bergantung kepada pensijilan yang dimiliki.

  1. Exotic Animal Veterinarian

Bekerja di dalam bidang ini memerlukan minat dan latihan khas dalam menjaga spesies haiwan eksotik seperti amfibia dan reptilia. Secara umumnya, semua jenis haiwan yang tidak dianggap wajar untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Exotic Animal Veterinarian biasanya akan memberikan perhatian khusus terhadap haiwan-haiwan di zoo atau persekitaran lain. Antara tugas mereka adalah:

  • Mendiagnosis dan merawat penyakit spesies hidupan liar.
  • Mengeluarkan vaksinasi.
  • Menjalankan pembedahan kepada haiwan eksotik atau spesies hidupan liar.
  • Menyediakan penjagaan kecemasan apabila perlu.

Bekerja di dalam bidang ini boleh memperoleh purata gaji sebanyak RM109,301/tahun.

 

Jadi, berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Veterinar ni? Teringin nak sambung Veterinar di luar negara? Tiada masalah! Zara Zakiah kan ada! Konsultan Pendidikan kami boleh bantu anda. Hubungi En Nazrin di talian 011-14799976 untuk konsultasi bidang kerjaya Veterinar ini lebih lanjut!

Dream Higher, Study Abroad
 

Untuk mengetahui info lanjut, boleh ikuti kami di:

Instagram: @zarazakiaheducation

Facebook: @zarazakiaheducation

Tiktok: @zarazakiaheducation


Posted 4 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES