BLOG

LANJUTKAN PELAJARAN DENGAN TAJAAN MARA KE LUAR NEGARA

Lanjutkan Pelajaran Dengan Tajaan MARA Ke Luar Negara

Lanjutkan Pelajaran Dengan Tajaan MARA Ke Luar Negara

Siapa saja tak nak pelajaran mereka ditaja, kan?

Lagi-lagi tajaan berprestij seperti tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

MARA menawarkan pinjaman ke peringkat profesional/pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara bagi graduan cemerlang yang memberi impak kepada keperluan guna tenaga negara.

Bagi mereka yang ingin lanjutkan pelajaran ke luar negara, lagilah perlukan tajaan untuk bantu membiayai kos pendidikan dan sara hidup di negara orang.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan syarat kelayakan untuk anda mohon tajaan MARA untuk ke luar negara.

Syarat Kelayakan Mohon Tajaan MARA ke Luar Negara

Tajaan mara ke luar negara

Ketat ke syarat-syarat permohonan MARA? Jom kita lihat.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon dan salah satu ibu atau bapa adalah berstatus Bumiputera.
  3. Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
  • Bagi pengajian dalam negara: tidak melebihi 40 tahun
  • Bagi pengajian luar negara: tidak melebihi 35 tahun
  1. Pemohon perlu dapatkan pengesahan doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  2. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  3. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana negeri bagi pengajian di peringkat yang sama.
  4. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan, perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.

Syarat Akademik Tajaan MARA ke Luar Negara

Tajaan mara ke luar negara

Di atas kami dah kongsikan syarat kelayakan umum, sekarang kami akan kongsikan pula syarat akademik bagi bidang-bidang berikut.

  1. Chartered Financial Analyst (CFA)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya, keutamaan dalam bidang kewangan dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.
  1. Certified Shariah Advisor (CSA)
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah daripada universiti dalam atau luar negara dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.
  1. Certified Shariah Practitioner (CSP)
  • Memiliki kelayakan profesional dalam bidang Islamic Finance; dan dua tahun pengalaman kerja dalam bidang Islamic Finance dan lain-lain syarat kelayakan yang diiktiraf oleh badan profesional.
  1. Pakar Perubatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara &  pendaftaran yang diiktiraf dengan Majlis Perubatan Malaysia.
  • Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas Ijazah Perubatan asas atau;
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4) tahun dalam bidang berkaitan.
  1. Pakar Pergigian
  • Memiliki Ijazah Pergigian/Ijazah Sarjana Sains daripada universiti dalam atau luar negara atau setaraf yang diperakui.
  • Mempunyai Sijil Pendaftaran Pengamalan dari Majlis Pergigian Malaysia atau pengamalan yang diiktiraf.
  • Telah menjadi pengamal pergigian sekurang-kurangnya dua (2) tahun selepas Ijazah Sarjana Muda atau;
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4) tahun dalam bidang berkaitan.

Lain-lain Syarat

Bagi pengajian ke luar negara, anda perlu memperoleh markah 6.5 International English Language System (IELTS), Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan minima markah 90 atau yang setaraf dengannya.

Cara Permohonan Tajaan MARA

Tajaan mara ke luar negara

Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan melayari laman web rasmi MARA pada tarikh yang ditetapkan.

Pastikan dokumen sokongan yang diperlukan dilengkapkan dan dimuatnaik ke dalam sistem dalam satu (1) fail PDF sahaja.

Anda juga perlu pastikan permohonan anda lengkap dan jangan lewat kerana permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.

Akhir sekali, jika anda tidak mendapat sebarang maklum balas selepas tiga bulan daripada tarikh iklan, permohonan anda dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Anda Nak Sambung Belajar di Luar Negara?

zara zakiah

Selain tajaan MARA, Zara Zakiah turut boleh bantu anda melanjutkan pelajaran ke luar negara TETAPI bukanlah bantuan dari segi tajaan atau kewangan.

Zara Zakiah hanya memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan bagi memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa.

Selain itu, Zara Zakiah juga boleh bantu menyediakan sokongan bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Lagi sekali kami tegaskan, Zara Zakitah tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kewangan.

Tetapi bab menguruskan pelajar untuk ke luar negara, Zara Zakiah memang nombor 1!

Zara Zakiah boleh membantu anda melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
  • Veterinar
  • Penerbangan

Anda juga boleh pilih sama ada anda nak sambung belajar di Mesir, Rusia, Indonesia, Bangladesh atau Australia (tertakluk kepada ketersediaan).

Syarat kelayakan bagi setiap bidang pengajian dan universiti adalah berbeza.

Kalau anda takut anda akan ‘culture shock’, jangan risau sebab Zara Zakiah ada program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat menjaga hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.

Jadi, anda tak perlu takut jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sambung Pelajaran di Luar Negara dengan Bantuan Zara Zakiah Education!

 


Posted 4 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES