BLOG

NAK TAHU 3 CARA UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG DI UNIVERSITI? BACA SINI!

Nak Tahu 3 Cara Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang di Universiti? Baca Sini!

Nak Tahu 3 Cara Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang di Universiti? Baca Sini!

Bukan calang-calang orang dapat masuk universiti dan jika anda salah seorang daripadanya, semestinya anda akan berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bukan?

Tapi disebabkan jadual kelas tak sepadat di sekolah dan ada kebebasan untuk menyusun jadual harian sendiri, ramai yang mula terlupa akan niat asal mereka di universiti.

Jangan risau, tidak terlambat lagi untuk anda mendapatkan balik momentum pembelajaran.

Jom, kami kongsikan 3 cara belajar yang terbukti boleh membantu anda untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti!

3 Teknik Belajar Anda Patut Cuba

cara menjadi pelajar cemerlang di universiti

Ketiga-tiga teknik yang akan dikongsi merupakan teknik belajar yang merangkumi pengurusan masa, pembacaan kritis dan teknik catatan yang berkesan.

Jika anda guna teknik-teknik ini, pasti jalan untuk menjadi pelajar cemerlang menjadi lebih mudah.

  1.  Teknik Pomodoro

Teknik Pomodoro ini merupakan teknik pengurusan masa yang boleh meningkatkan fokus anda ketika belajar, melakukan tugasan malah di alam pekerjaan!

Teknik ini lebih menekankan kepada sesi kerja berfokus yang disela dengan waktu rehat yang pendek untuk mengelakkan keletihan mental disebabkan otak terlebih bekerja.

Belajar untuk durasi waktu yang lama boleh menyebabkan produktiviti merudum dan kebanyakan orang akan rasa apa yang dipelajari tidak masuk otak sebab otak penat.

Cara untuk melakukan teknik Pomodoro:

  1. Sediakan senarai tugasan (to-do list) dan pemasa (timer).
  2. Tetapkan pemasa kepada 25 minit.
  3. Fokus lakukan satu tugas selama 25 minit.
  4. Apabila sesi dan berakhir, tandakan pada senarai tugasan dan catat apa yang anda berjaya capai.
  5. Nikmati rehat selama lima minit – jangan lebih pula!
  6. Ulang langkah 2.
  7. Selepas 4 sesi, berehat lebih lama iaitu 15-30 minit.

Penting untuk anda fokus selama 25 minit sesi Pomodoro dan elakkan sebarang gangguan seperti notifikasi telefon, media sosial dan lain-lain.

  1. Teknik SQ3R

cara untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti

Teknik SQ3R ini pula membantu anda untuk membaca secara kritis.

Teknik ini memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat dalam bahan dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R merupakan singkatan bagi:

  • Survey (tinjau)

Langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dalam bahan yang dibaca.

Teknik yang digunakan dalam survey ialah membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

  • Question (soal/tanya)

Senaraikan satu siri soalan mengenai teks yang berkaitan dengan keperluan tugasan.

Soalan-soalan ini adalah panduan untuk anda cari maklumat semasa membaca nanti.

  • Read (baca)

Baca bahan akademik secara secara aktif untuk memahami dan menilai berdasarkan keperluan anda.

Dalam pada masa yang sama, cuba dapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah senaraikan tadi.

Ketika membaca, anda mungkin akan senaraikan soalan tambahan, mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemui.

  • Recite (imbas kembali/nyata secara lisan)

Selesai membaca, cuba ingat semula apa yang anda baca dan teliti apa yang diperolehi.

Berdasarkan konteks tugasan, maklumat yang sesuai perlu dipilih.

Anda boleh cuba jawab soalan yang anda senaraikan tanpa rujuk nota atau bahan yang dibaca.

  • Review (baca semula)

Langkah terakhir adalah membaca semula bahagian bahan bacaan terlibat untuk mengesahkan jawapan kepada soalan dan supaya tiada fakta penting yang tertinggal.

  1. Teknik Cornell

Tahukah anda, pelajar yang merujuk semula nota yang dicatat sendiri mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari pelajar yang merujuk nota yang diberikan oleh guru!

Oleh itu, mencatat nota semasa kelas, perjumpaan atau perbincangan sangatlah digalakkan jika anda ingin menjadi pelajar cemerlang.

Teknik ini bukan sahaja lebih mudah dan cepat untuk dilakukan, malah nota anda akan lebih tersusun rapi.

  1. Bahagikan kertas kepada 3 bahagian.

  • Bahagikan kertas catatan kepada 3 bahagian.
  • Garis pertama ialah garis horizontal– lebihkan ruang di bahagian kanan dan tinggalkan ruang di bahagian bawah.
  • Garis kedua ialah garis vertikal yang bertemu dengan garis horizontal yang telah dilukis tadi.   
  1. Lajur paling besar (kanan): Catatan.

  • Lajur yang paling besar untuk anda membuat catatan seperti biasa.
  • Gunakan penggunaan ayat sendiri, bukan salin bulat-bulat apa yang anda dengar.
  1. Lajur kecil (kiri): Kata kunci/Persoalan.

Lajur kiri ini untuk anda catat kata kunci atau persoalan yang timbul sepanjang anda mencatat.

Lajur ini juga untuk anda catat terma atau istilah asing yang anda baru pelajari.

Tujuan lajur ini untuk memberikan gambaran yang lebih besar tentang topik yang anda pelajari.

  1. Baris (bawah): Kesimpulan

Baris yang paling bawah adalah ruang anda membuat kesimpulan iaitu inti utama yang anda pelajari.

Jika anda jarang buat kesimpulan, anda akan sedar bahawa membuat kesimpulan akan memaksa anda mengimbas semula apa yang anda pelajari.

5 Cara Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang di Universiti  

cara untuk menjadi pelajar cemerlang di universiti

Jom kami kongsikan 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadi pelajar cemerlang.

Ketahui Cara Belajar Paling Efektif

Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang efektif bagi diri sendiri dan cara nak tahu ialah dengan mengenali kategori jenis pelajar bagi diri anda.

Pelajar visual lebih cenderung belajar dengan cara melihat informasi, membaca dan mengulangkaji dari nota yang berwarna-warni.

Oleh itu, apabila anda belajar, jana satu gambaran apa yang anda perlu ingat, gunakan flash cards, peta minda dan video.

Pelajar auditori pula lebih gemar belajar sambil mendengar muzik atau suasana belajar yang tidak sunyi.

Maka, gunakan bunyi untuk belajar seperti mencipta lagu untuk mengingati fakta, membaca dengan kuat atau bercakap dengan diri sendiri.

Pembelajaran melalui kinestetik ialah belajar melalui pergerakan, perbuatan dan sentuhan dan mereka perlu kekal aktif.

Kedengaran aneh tetapi anda boleh cuba bergerak sambil belajar seperti berjalan setempat sambil membaca, menulis sambil mendengar kuliah atau kunyah gula-gula getah.

  1. Ulangkaji Pelajaran Setiap Hari

Kedengaran macam susah, kan? Tetapi kami yakin anda boleh lakukannya kerana sekarang anda dah tahu Teknik Pomodoro.

Nak bentuk tabiat ini, anda boleh cuba dengan memulakan ulangkaji dengan pelajaran yang diminati dahulu.

  1. Perancangan masa dan pemilihan tempat

Pastikan anda rancang masa dengan betul supaya anda mempunyai cukup masa untuk tugasan dan ulangkaji.

Pilih waktu yang anda suka untuk belajar sama ada waktu pagi, tengah hari atau malam.

Selain itu, anda juga perlu pilih tempat belajar yang kondusif, mempunyai pencahayaan yang mencukupi dan tiada gangguan bunyi (melainkan anda pelajar auditori).

  1. Libatkan diri dalam aktiviti

Pelajar cemerlang di universiti bukan diukur hanya pada keputusan akademik tetapi juga pada penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Selain daripada peluang untuk bersosial, anda juga akan belajar banyak kemahiran di luar kelas yang anda perlukan semasa di alam pekerjaan.

  1. Jaga kesihatan

Di universiti tanpa pengawasan ibu bapa, ramai pelajar yang mula makan makanan tidak sihat, tidak kekal aktif dan kekurangan tidur.

Walaupun kekurangan duit, utamakan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Anda Nak Sambung Belajar di Luar Negara?

Jika anda bercita-cita nak jadi pelajar cemerlang di universiti luar negara, kejar impian anda dengan bantuan Zara Zakiah Education!

Zara Zakiah boleh membantu anda melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
  • Veterinar
  • Penerbangan

Anda juga boleh pilih sama ada anda nak sambung belajar di Mesir, Rusia, Indonesia, Bangladesh atau Australia (tertakluk kepada ketersediaan).

Syarat kelayakan bagi setiap bidang pengajian dan universiti adalah berbeza.

Jangan risau kerana Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jadi, anda tak perlu takut jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.

Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.

Jangan tunggu lagi, pelajar cemerlang tidak akan lepaskan peluang keemasan ini.

Sambung Pelajaran di Luar Negara dengan Bantuan Zara Zakiah Education!


Posted 11 months ago
News

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES