BLOG

KETAHUI CARA BACA AL-QURAN DENGAN BETUL UNTUK BEGINNERS

Ketahui Cara Baca Al-Quran Dengan Betul Untuk Beginners

Ketahui Cara Baca Al-Quran Dengan Betul Untuk Beginners

Sebagai umat Islam, ia sangat penting untuk kita tahu cara membaca Al-Quran dengan betul kerana amalan ini sangat dititikberatkan dalam agama kita.

Ramai orang meremehkan perkara dan menyebabkan ramai orang terutamanya di Malaysia untuk tidak pandai membaca Al-Quran.

Bagi beginners yang mahu belajar mengaji atau mengingati semua cara membaca Al-Quran, anda sudah jumpa platform yang betul!

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda cara baca Al-Quran dengan betul dan juga adab-adab yang perlu dijaga semasa membaca kitab suci ini.

Teruskan membaca untuk mendapat maklumat yang sangat berfaedah.

Persediaan Sebelum Membaca Al-Quran

Cara baca al-Quran dengan betul

Sebelum anda terus membaca Al-Quran, terdapat beberapa perkara yang anda melakukan supaya proses membaca berjalan dengan lancar.

Anda disarankan untuk mengetahui perkara-perkara ini sebelum membaca Al-Quran bersama guru kerana ia adalah asas yang perlu diketahui oleh semua umat Islam.

1.   Kenali Huruf

Anda perlu mengetahui huruf-huruf Al-Quran dan cara sebutannya kerana ia akan membolehkan anda mengaji Al-Quran dengan betul walaupon masih tersekat-sekat untuk membacanya.

Ia juga seperti huruf biasa di mana semua mempunyai sebutan dan cara tulis yang berbeza. Anda boleh merujuk ustaz atau ustazah dan layari YouTube untuk cara sebutan betul dan juga dapatkan buku panduan untuk bantu anda.

2.   Kenali Tanda Baca

Terdapat juga tanda baca Al-Quran yang akan menentukan cara sesebuah huruf atau ayat dibaca. Ia sangat penting kerana jika disalah baca, ia boleh mengubah maksud ayat tersebut.

Terdapat juga apps interaktif yang memudahkan proses ini. Setiap cara sebutan perlulah dipelajari kerana ada yang seakan-akan sama.

3.   Cuba Baca Surah-Surah

Setelah anda telah berjaya dengan 2 langkah sebelum ini, anda boleh cuba untuk membaca surah-surah di dalam Al-Quran sendiri sebelum jumpa guru atau bermula untuk baca sendiri.

Lancarkan bacaan di Juzuk 30 atau Juz Amma kerana ayatnya pendek dan mudah untuk dibaca.

Ini untuk memastikan anda sudah bersedia untuk membaca dan tahu cara baca Al-Quran dengan betul.

Ini kerana jika anda teruskan membaca tanpa sebutan yang betul, ia akan menyebabkan anda sia-sia kerana semua ayat sudah hilang maksud yang sudah diceritakan di dalam Al-Quran.

Cara Baca Al-Quran Dengan Betul

Cara baca al-Quran dengan betul

Mari kita belajar tentang cara baca Al-Quran dengan betul.

1.   Berguru

Ini adalah cara yang sangat penting terutamanya bagi mereka yang ingin bermula untuk membaca Al-Quran.

Anda jangan malu untuk mencari bantuan terutamanya bagi perkara yang melibatkan agama. Ini untuk memastikan anda membaca dengan betul seperti yang kami nyatakan sebelum ini.

Anda boleh mencari guru yang bertauliah di media sosial atau di masjid dekat anda untuk mohon bantuan mereka.

2.   Baca Dengan Konsisten

Anda juga perlu membaca dengan konsisten untuk memastikan anda tahu cara baca Al-Quran dengan betul. Ini kerana ia adalah amalan yang sangat penting di sisi agama Islam.

Jika anda mempunyai kerjaya yang menyebabkan anda letih pada setiap hari, anda boleh membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 muka surat pada setiap hari.

3.   Niat Kerana Allah

Cara baca Al-Quran dengan betul seterusnya adalah anda perlu ikhlas semasa melakukan amalan ini dan tidak kerana hanya untuk menunjuk-nunjuk.

Anda juga tidak boleh merasa bahawa amalan ini adalah paksaan dan anggapnya sebagai rahmat dan hikmah. Ini untuk memastikan anda mendapt keberkatan dan pahala yang banyak.

Adab-adab Dengan Al-Quran

Cara baca al-Quran dengan betul

Selain dari tahu cara baca Al-Quran dengan betul, anda juga perlu tahu tentang adab-adab dengan Al-Quran. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu ikut.

1.   Baca Dalam Keadaan Suci

Semasa ingin membaca Al-Quran, anda perlu bebas daripada hadas kecil. Anda juga perlu berwuduk untuk memegang kitab suci ini namun boleh dibaca menurut ijma’ ulama.

Hadis tentang kepentingan bersuci adalah seperti berikut:

Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi. (Riwayat Tarmizi)

2.   Membaca Dengan Suara Betul

Semasa membaca Al-Quran, anda perlu mengelokkan suara dan tidak boleh membaca secara lengai dan suara yang tidak bersemangat.

Ini ditekankan dalam suatu hadis di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

Tidaklah Allah mendengar sesuatu sebagaimana Dia mendengar kepada nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila baginda membaguskan suara ketika membaca al-Quran. (Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7544)

3.   Mengamalkan Apa Dibaca

Ini adalah satu perkara yang tidak diamalkan oleh ramai orang dimana mereka hanya membaca sebagai syarat tetapi tidak melakukan perkara yang sudah diterangkan dalam Al-Quran.

Selain dari selalu ikuti cara baca Al-Quran dengan betul, kita juga perlu menjadi orang yang baik.

Ini diterangkan dalam satu hadis dari Abu Musa al-Asyaari radiallahu ‘anhu di mana Rasulullah SAW bersabda:

Orang yang membaca al-Quran itu umpama buah utrujah, rasanya sedap dan baunya wangi. Orang yang tidak membaca al-Quran pula umpama buah kurma yang sedap rasanya tetapi tiada bau padanya. Orang jahat yang membaca al-Quran umpama buah raihanah, baunya wangi tetapi rasanya pahit. Orang jahat yang tidak membaca al-Quran umpama buah hanzalah. Rasanya pahit dan ia tiada bau. [Sahih al-Bukhari,Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5020]

Kesimpulannya, ia sangat penting untuk mengambil tahu tentang cara baca Al-Quran dengan betul kerana amalan ini sangat penting dalam Islam.

Jangan biarkan diri anda tidak mengetahui atau kekal sama ilmu mengenai Al-Quran kerana kitab ini mempunyai manfaat yang banyak pada masa sekarang dan sehingga di akhirat nanti.

Jika anda seorang pelajar yang berminat untuk belajar di luar negara, hubungilah agensi Zara Zakiah bagi memudahkan proses anda menyambung pengajian!

Ini adalah antara sebab anda perlu memilih mereka untuk membantu anda menyambung pengajian di luar negara:

● Pengalaman Lebih 15 Tahun Dalam Industri

● Perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) Antara Zara Zakiah Education

● Konsultasi Secara Percuma

● Bimbingan Dari A-Z

Jika anda berminat, anda boleh ke laman web ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.


Posted 10 months ago

Comments

No comments yet! Why don't you be the first?
Add a comment

CATEGORIES