Bidang kejuruteraan adalah antara bidang kerjaya yang selalu disebut-sebut bila ditanya tentang cita-cita bukan?
Ramai yang tahu nama bidang kejuruteraan tapi tak ramai yang tahu betapa banyaknya jenis bidang kejuruteraan yang wujud.
Selalunya orang ingat jurutera ni kerja bina-bina bangunan saja kan? Tapi sebenarnya banyak lagi cabang dalam bidang kejuruteraan ni tau!
Jom, kami kongsikan jenis bidang kejuruteraan dan jika anda teringin nak sambung di luar negara, bonus!
Kami akan kongsikan dekat mana anda boleh sambung belajar bidang kejuruteraan ni.
Yang paling menarik, anda tak perlu pening-pening. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca!
Bidang kejuruteraan ni sama macam bidang kesihatan, banyak cabangnya dan setiap satunya tak sama dengan yang lain. Antaranya adalah:
Jurutera mekanikal menggunakan ilmu kejuruteraan, fizik, matematik kejuruteraan dan prinsip sains bahan untuk merancang, menganalisis dan menyelenggara sistem mekanikal
Bidang kejuruteraan mekanikal adalah antara bidang yang paling luas, boleh didapati dengan rangkaian besar produk– daripada penjana elektrik kepada sistem penyejukan.
Selain daripada menentukan cara peranti mekanikal digunakan, mereka juga menyiasat peralatan yang gagal untuk berfungsi.
Jurutera mekanikal juga membina dan menganalisis kenderaan bermotor, pesawat, sistem pemanasan dan penyejukan, jentera, robotik, tenaga alternatif dan banyak lagi.
Di bawah kejuruteraan mekanikal ada sub-bidang lain seperti Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Loji dan Kejuruteraan Plastik.
Bidang kejuruteraan komputer menggabungkan kejuruteraan elektronik dan sains komputer bersama dan merangkumi bidang lain seperti artificial intelligence (AI), robotik, seni bina komputer dan sistem operasi.
Antara tugas jurutera komputer adalah mengintegrasikan pembangunan peranti teknologi dengan sistem komputer dan rangkaian.
Jurutera komputer juga menyelidik, mereka bentuk, membangun dan menguji sistem dan komponen komputer seperti papan litar, peranti memori dan rangkaian.
Dengan pembangunan teknologi yang semakin canggih, permintaan pekerja dalam bidang kejuruteraan komputer juga semakin meningkat.
Bidang kejuruteraan mekatronik menggabungkan asas sains mekanik, elektrik dan komputer bagi membangunkan sistem automasi.
Jurutera mekatronik mereka bentuk mesin dan sistem pintar yang boleh mengetahui persekitaran mereka dan boleh proses maklumat untuk membuat keputusan.
Kerjaya dalam bidang ini dikatakan akan meningkat seiring dengan peningkatan permintaan mesin dan sistem pintar bagi kegunaan kilang-kilang dan teknologi lain.
Contoh industri dan jurutera boleh bekerja dalam bidang ini termasuklah:
Kejuruteraan aeroangkasa adalah berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan, ujian dan pengeluaran pesawat, kapal angkasa serta sistem dan peralatan berkaitan.
Bidang ini asalnya beri tumpuan kepada masalah berkaitan dengan penerbangan di atmosfera dan angkasa lepas.
Jurutera aeroangkasa membangun teknologi dan sepadukan ke dalam sistem kenderaan aeroangkasa untuk aplikasi pengangkutan, komunikasi, penerokaan dan pertahanan.
Jika anda berminat untuk bekerja dalam bidang aeroangkasa, antara universiti di luar negara yang popular dalam bidang ini adalah Moscow Aviation Institute.
Moscow Aviation Institute (MAI) di Rusia adalah universiti yang popular dalam bidang latihan aeroangkasa dan dalam industri berteknologi tinggi yang lain.
MAI memberi tumpuan kepada pembangunan bidang seperti pesawat, sistem angkasa dan tenaga, teknologi maklumat, bahan baharu dan teknologi pengeluaran, penggunaan pelbagai aspek aeroangkasa dan teknologi digital.
Proses pendidikan di MAI melibatkan:
Pelajar akan terlibat dalam projek penyelidikan industri di Rusia dan negara lain yang akan membantu prospek pelajar dalam organisasi dan industri ini.
Yang paling menarik di MAI, anda dapat belajar dengan peralatan terbaru dan unik serta kemudahan yang terbaik seperti:
Dari segi kerjaya, lebih daripada 175000 profesional yang telah bergraduat daripada MAI dan 70% daripadanya bekerja dengan syarikat berasaskan industri.
MAI memegang rekod tertinggi bagi bilangan graduan yang telah menjadi juruterbang angkasa dan ujian.
Antara program sarjana yang ditawarkan adalah Aircraft Engineering, Control Systems and Computer Science in Engineering, Propulsion Engineering dan Spacecraft Engineering.
Jika anda berminat nak sambung belajar dengan MAI, dapatkan peluang anda dengan bantuan Zara Zakiah Education!
Syarat kelayakan adalah SPM, asasi sains, matrikulasi, STPM , A-level atau setaraf dengan minimum 3.00 PNGK.
Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun tetapi jika anda lepasan SPM atau O-level, anda akan menjalani 1 tahun asasi.
Kalau anda risau tentang medium pembelajaran, dia MAI, mereka menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Rusia.
Anda jangan risau kerana Zara Zakiah menawarkan program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Bukan itu sahaja, Zara Zakiah sangat menjaga hubungan dengan pelajar dari awal hingga akhir pengajian.
Jadi, anda tak perlu risau jika anda rasa keseorangan menyambung pelajaran ke luar negara kerana Zara Zakiah sentiasa ada untuk bantu anda.
Mereka juga memberikan bantuan dari segi penyediaan sokongan memohon bantuan kewangan, pinjaman dan biasiswa, serta bagi permohonan pengeluaran KWSP ibu bapa.
Namun, mereka tidak menawarkan sebarang biasiswa atau pinjaman kerana mereka hanya menguruskan pelajar ke luar negara.
Perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah bimbingan lawatan ibu bapa semasa pemindahan pelajar ke luar negara.
Bukan bidang kejuruteraan saja yang ditawarkan, Zara Zakiah turut membantu mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian, veterinar, farmasi dan pengajian Islam.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melanjutkan pelajaran di luar negara serta belajar budaya dan bahasa asing!
Sambung Belajar dalam Bidang Idaman Anda dengan Zara Zakiah Education Sekarang!
Add a comment